Sunday, November 28, 2010

Monday, August 2, 2010

Rumput Laman

Beberapa spesies rumput turf yang biasa ditanam di halaman seperti:
1. Axonopus compressus (Cow grass).
2. Cynodon dactylon (rumput Bermuda).
3. Zoysia matrella (rumput Manila).
4. Zoysia japonica (rumput Jepun).

Kesilapan yang biasa dilakukan:
1. Pemilihan spesies rumput turf yang tidak tepat dengan keadaan kawasan, kemampuan penjagaan dan kewangan.
2. Memotong rumput turf menggunakan peralatan yang kurang sesuai seperti mata pisau pemotong tumput yang tumpul.
3. Memotong rumput turf terlalu pendek dan tidak mengikut jadual.
4. Nutrien terlalu banyak atau sedikit dan membaja pada waktu yang salah.
5. Air yang tidak mencukupi.
6. Penggunaan racun kimia yang tidak berkesan.

Masalah rumput turf:
1. Teduhan,
  • Rumput memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
  • Rumput yang tumbuh di bawah teduhan mudah rosak kerana batangnya lembut, daun lembut dan akar cetek.
  • Keadaan kawasan yang lembab boleh menggalakkan serangan penyakit dan perosak.

Tindakan,
  • Pilih rumput turf yang tahan teduhan seperti Zoysia sp., Stenotaphrum secundatum (rumput St. Augustine) dan Eremochloa aphiuroides (rumput Centipede).
  • Membuat penjarangan kanopi pokok.
2. Tanah padat,
  • Tanah menjadi padat akibat terlalu kerap dipijak dan biasanya 2-3 inci (5-7.6 cm) daripada bahagian atas.
  • Kaedah yang mudah untuk mengetahui kepadatan tanah ialah dengan kenyucuk pisau ke dalam tanah.
  • Tanah padat mengurangkan keluasan permukaan partikel tanah dan pengaliran udara, air dan nutrien.
  • Masalah utama adalah mengurangkan kadar serapan dan pengaliran air dalam tanah.
Tindakan,
  • Menggunakan nisbah pasir yang tinggi (80%) di dalam campuran media.
  • Melonggarkan struktur tanah secara manual atau mekanikal.
3. Lapisan jerami (thatch),
  • Terjadi daripada sisa rumput yang dipotong dan mati.
  • Lapisan jerami yang nipis amat berguna bagi mengawal kelembapan atau kandungan air dalam tanah, mengawal pertumbuhan rumpai dan memberi bahan organik kepada rumput turf.
  • Masalah timbul apabila lapisan jerami melebihi 0.5 inci tebal.
Tindakan,
  • Kawal ketebalan lapisan jerami dengan membuang menggunakan pencakar dan sebagainya.
  • Selepas lapisan jerami dinipiskan, lakukan top dressing dengan menaburkan media campuran di kawasan turf dan ratakan untuk menggalakkan pertumbuhan rumput turf.

Thursday, July 29, 2010

BONSAI



Bonsai adalah salah satu seni merekabentuk pokok agar sentiasa pada saiz yang kecil. Ketinggian maksima pokok bonsai adalah 120cm. Tiga ciri utama pokok yang boleh dibuat bonsai adalah pokok tersebut mempunyai akar yang boleh dipotong, daun yang kecil atau boleh mengecil dan pokok yang tahan lasak. Peminat bonsai boleh mendapatkan terus pokok dari nurseri tetapi mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kerana pokok-pokok bonsai yang siap sepenuhnya sudah berumur berpuluh tahun. Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar, pokok boleh dicari atau didapati secara percuma atau harga yang murah dan boleh mula 'bermain' diperingkat awal pokok hendak dibentuk. 'Pemain' baru boleh memulakan dengan pokok yang kecil.




Bagaimana menyediakan pokok untuk dijadikan bonsai?
1. Pilih spesies pokok yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dicatit di atas.
2. Pokok boleh diambil daripada tanah.
3. Potong dan bersihkan akar dan potong dahan yang tidak seimbang atau tidak diperlukan, pastikan tinggi pokok tidak melebih 120cm.
4. Pokok ditanam di dalam pasu.
5. Biarkan dahan tumbuh sehingga saiz lebih kurang 1/3 daripada saiz batang dan saiz dahan kedua lebih kurang 1/3 daripada saiz dahan pertama. Masa yang diambil untuk menyediakan atau membentuk dahan mungkin boleh menjangkau atau melebihi 3 tahun.
6. Dahan boleh dibentuk menggunaan dawai (lembut dan mudah dililit pada dahan).

Bahan-bahan asas:
Pokok, gunting, dawai.

Selamat mencuba.

Ramadhan Menjelang Tiba

Ramadhan semakin hampir. Umat Islam akan sibuk membuat persiapan menyambut Ramadhan. Seperti tahun-tahun lepas, ahli jawatankuasa masjid dan surau merancang pelbagai aktiviti dan yang penting sekali ialah solat sunat tarawikh dan witir, tadarus dan nuzul Quran, qiamullail dan yang mana ada peruntukan lebih akan membuat jamuan berbuka puasa.

Selain tu, restoran-restoran dan hotel-hotel juga dah mula sibuk mempromosikan buffet Ramadhan dan pakej penginapan + buka puasa + sahur. Nanti bila dah masuk bulan Ramadhan, banyak lah pulak jabatan-jabatan kerajaan dan swasta menganjurkan majlis berbuka puasa samada di pejabat, hotel ataupun di restoran untuk kakitangan, klien dan sebagainya. Akhirnya bulan Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi menjadi satu pesta makan, makan dan makan.

Tapi, marilah bersama-sama kita berdoa agar kita dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Amin.

Friday, May 14, 2010

Lawatan Sempena NAC-2

Pada 13 Mei 2010 saya mengikut satu lawatan sempena NAC-2 ke Teck Guan Cocoa Museum, Teck Guan Cocoa Village dan Tawau Hill Park.


Hadapan Teck Guan Cocoa Museum


Ruang legar Teck Guan Cocoa Museum


Taklimat perusahaan koko


Teck Guan Cocoa Village


Laluan masuk ke Taman Botani, Tawau Hill Park

Wednesday, May 12, 2010

2nd National Conference on Agrobiodiversity Conservation and Sustainable Utilization (NAC-2)

Saya menyertai NAC-2 yang sedang berlangsung pada 11-13 Mei 2010 di Promenade Hotel Tawau, Sabah anjuran MARDI. Perasmian NAC-2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah cum Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah pada 11 Mei 2010. Pada malamnya telah diadakan majlis makan malam sumbangan kerajaan negeri Sabah. Hari ini merupakan hari kedua NAC-2 dimana terdapat 10 kertas plenari dan 27 kertas telah dibentangkan. Esok, hari ketiga diadakan dua pakej program lawatan selama satu hari. Pakej A ke Teck Guan Cocoa Museum, Teck Guan Cocoa Village dan Tawau Hill Park, manakala Pakej B ke Bukit Gemok Canopy Walk dan Kebun Rimau Sdn. Bhd. Saya telah memilih program lawatan pakej A.


11 Mei 2010: Penerbangan ke Tawau


Bandar Tawau


Pantai bandar Tawau


Pemandangan bandar Tawau dari hotel Promenad


Ball room hotel Promenad

Saturday, January 16, 2010

Alfatihah. Bonda tersayang telah pulang ke Rahmatullah pada 6 Januari 2010, jam 8.30pm di Hospital Pakar, Muar.

Allahyarhamah bonda selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Mor lebih kurang jam 11.15am, 7 Januari 2010.

Sunday, January 3, 2010

Happy Birthday Tira ke 7 tahun

Happy Birthday Tira yang ke 7 tahun pada 30 Disember 2009. Walaubagaimanapun, pada malam 2 Jan 2010 dapat juga buat sambutan potong kek hari jadi. Jemputan jiran lorong tart, jamuan nasi lemak dan laksa.

Sunday, October 11, 2009

Selamat Hari Raya,

Walaupun sudah 22 hari kita beraya, masih ramai umat islam yang mengadakan rumah terbuka, tapi yang dikatakan terbuka itu tidaklah terbuka kerana hanya tetamu yang dijemput sahaja hadir. Kerana terlalu banyak jemputan, mungkin tidak semua yang dapat dihadiri. Namun begitu setiap jemputan akan kita cuba hadiri terutamanya dihujung minggu. Selain daripada jemputan rumah terbuka, terdapat juga jemputan perkahwinan yang mengisi kesibukan kita beraya. Maka tuan rumah pun mengadakan majlis 2 dalam 1 iaitu majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Akhirnya, sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Sekian, terima kasih.