Thursday, July 29, 2010

BONSAI



Bonsai adalah salah satu seni merekabentuk pokok agar sentiasa pada saiz yang kecil. Ketinggian maksima pokok bonsai adalah 120cm. Tiga ciri utama pokok yang boleh dibuat bonsai adalah pokok tersebut mempunyai akar yang boleh dipotong, daun yang kecil atau boleh mengecil dan pokok yang tahan lasak. Peminat bonsai boleh mendapatkan terus pokok dari nurseri tetapi mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kerana pokok-pokok bonsai yang siap sepenuhnya sudah berumur berpuluh tahun. Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar, pokok boleh dicari atau didapati secara percuma atau harga yang murah dan boleh mula 'bermain' diperingkat awal pokok hendak dibentuk. 'Pemain' baru boleh memulakan dengan pokok yang kecil.




Bagaimana menyediakan pokok untuk dijadikan bonsai?
1. Pilih spesies pokok yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dicatit di atas.
2. Pokok boleh diambil daripada tanah.
3. Potong dan bersihkan akar dan potong dahan yang tidak seimbang atau tidak diperlukan, pastikan tinggi pokok tidak melebih 120cm.
4. Pokok ditanam di dalam pasu.
5. Biarkan dahan tumbuh sehingga saiz lebih kurang 1/3 daripada saiz batang dan saiz dahan kedua lebih kurang 1/3 daripada saiz dahan pertama. Masa yang diambil untuk menyediakan atau membentuk dahan mungkin boleh menjangkau atau melebihi 3 tahun.
6. Dahan boleh dibentuk menggunaan dawai (lembut dan mudah dililit pada dahan).

Bahan-bahan asas:
Pokok, gunting, dawai.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment