Monday, August 2, 2010

Rumput Laman

Beberapa spesies rumput turf yang biasa ditanam di halaman seperti:
1. Axonopus compressus (Cow grass).
2. Cynodon dactylon (rumput Bermuda).
3. Zoysia matrella (rumput Manila).
4. Zoysia japonica (rumput Jepun).

Kesilapan yang biasa dilakukan:
1. Pemilihan spesies rumput turf yang tidak tepat dengan keadaan kawasan, kemampuan penjagaan dan kewangan.
2. Memotong rumput turf menggunakan peralatan yang kurang sesuai seperti mata pisau pemotong tumput yang tumpul.
3. Memotong rumput turf terlalu pendek dan tidak mengikut jadual.
4. Nutrien terlalu banyak atau sedikit dan membaja pada waktu yang salah.
5. Air yang tidak mencukupi.
6. Penggunaan racun kimia yang tidak berkesan.

Masalah rumput turf:
1. Teduhan,
  • Rumput memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
  • Rumput yang tumbuh di bawah teduhan mudah rosak kerana batangnya lembut, daun lembut dan akar cetek.
  • Keadaan kawasan yang lembab boleh menggalakkan serangan penyakit dan perosak.

Tindakan,
  • Pilih rumput turf yang tahan teduhan seperti Zoysia sp., Stenotaphrum secundatum (rumput St. Augustine) dan Eremochloa aphiuroides (rumput Centipede).
  • Membuat penjarangan kanopi pokok.
2. Tanah padat,
  • Tanah menjadi padat akibat terlalu kerap dipijak dan biasanya 2-3 inci (5-7.6 cm) daripada bahagian atas.
  • Kaedah yang mudah untuk mengetahui kepadatan tanah ialah dengan kenyucuk pisau ke dalam tanah.
  • Tanah padat mengurangkan keluasan permukaan partikel tanah dan pengaliran udara, air dan nutrien.
  • Masalah utama adalah mengurangkan kadar serapan dan pengaliran air dalam tanah.
Tindakan,
  • Menggunakan nisbah pasir yang tinggi (80%) di dalam campuran media.
  • Melonggarkan struktur tanah secara manual atau mekanikal.
3. Lapisan jerami (thatch),
  • Terjadi daripada sisa rumput yang dipotong dan mati.
  • Lapisan jerami yang nipis amat berguna bagi mengawal kelembapan atau kandungan air dalam tanah, mengawal pertumbuhan rumpai dan memberi bahan organik kepada rumput turf.
  • Masalah timbul apabila lapisan jerami melebihi 0.5 inci tebal.
Tindakan,
  • Kawal ketebalan lapisan jerami dengan membuang menggunakan pencakar dan sebagainya.
  • Selepas lapisan jerami dinipiskan, lakukan top dressing dengan menaburkan media campuran di kawasan turf dan ratakan untuk menggalakkan pertumbuhan rumput turf.

No comments:

Post a Comment